#ngah syok2 menjahit , dapat 1 mesej dri number yg ckup d kenali :D
cik abg ambe la tu.. huhu..
Zauji Shafiq : Saya budak jahat..Ha3
Iman : ? Berat nanam *pelik beno tulisannye
Zauji Shafiq : Woi!! Ni hp laki hang ke? Lain kali suruh laki hang letak hp elok2, aku jumpa dekat kedai mamak..ha3
#berenti menjahit
Iman : kdai mamak mne? blh tlg hntr x..tlg la *berdebar2* dlm hati, haih..mesti p beli air neslo kat kedai mamak..
Zauji Shafiq : Bagi aku duit, rm200..baru aku bagi balik
#da start bangun dri kerusi xduk diam.
"Ya Allah, ujian apa pulak ni" .. mne x bunyi cmtu , kami dlm 3hri je lagi nk pindah rumah.. duit cukup2 je nak bayar deposit rumah..
Alamak , habis la gambar aq xpkai niqab dy tgok T.T ..
Zauji Shafiq : Cun jugak hang ni..He3..
#tang ni da start ketar2, lemah badan .. Ya Allah, lindungilah aq :(
=============================================
hantar mesej kt ustaz kt tempat cik abg keje
Iman : Assalamualaiku ustaz, shafiq ada kat sana x ? sy isteri dy
#Waiting.....
......call from Zauji Shafiq.....
angkat.. bunyi org tu gelak2..
Zauji Shafiq :Hai syg.. abg main2 jela..tu la, kenakan org smlm *aik?ble mse aq kenakan dy ? oh!mimpi kot :D
Iman :
WAKENABEB!!! haih.. bru je hntr msj kt ustz tnye abg ade x kt sne .. terketar2 iman xleh nk mjhit dh ni *konon la konon.. haha..tpi mmg btul un .. mmg lemah sluruh bdn ambe .. haih, sabo jela..
Zauji Shafiq : ha ? yeke .. alaa.. t cakap lah suami sy kenakan sy ..haha
Iman : -_-' .. xpela, dy xrply pun lgy..
Zauji Shafiq : maaf taw..abg gurau je..
Iman : yela..
Zauji Shafiq : okla, p la mnjhit.. k Assalamualaikum
Iman : Waalaikumussalam ..
#fuhh.. lemah lgy bdn ambe..
============================================
*mesej from ustaz
Ustaz : wassalam .. ada . knp
Iman : xapa la ustz.. dia kenakan sy .. maaf ganggu, Assalam alaik
Ustaz : yeke ..
Iman : ye.. ustaz tnya la dy , tarik tlinga dy skali. k Assalam alaik
Ustaz : he3
# ustaz gelakkn ambe .. sabo jela.. dua2 nakal ..
****************************************************
Sudah menjadi sunatullah, semua orang suka bergurau senda dan bergelak ketawa. Umpamanya pemimpin bergurau senda dengan pengikutnya, guru bergurau senda dengan muridnya, ibubapa bergurau senda dengan anak-anaknya, suami bergurau dengan isterinya dan sebagainya. malah Rasulullah saw dan sahabat-sahabat baginda juga biasa bergurau, ketawa, bermain-main dan berkata yang ganjil.
Nabi Muhammad saw pernah berkata bahawa ada tiga jenis permainan yang boleh menjadi ibadah. Pertama ialah bermain dengan kanak-kanak dengan tujuan untuk mendatangkan kegembiraan dihatinya. Ini akan mendatangkan pahala dari Allah swt. Kedua ialah bergurau-gurau dan bergelak ketawa dengan isteri, juga merupakan satu ibadah dan boleh mendatangkan pahala.
Fitrah semula jadi seseorang yang telah mengahwini seorang perempuan, sudah tentu dia suka hendak bergurau senda dengan isterinya. Dalam pada itu, Allah beri pula pahala kerananya. Bukankah buat satu perkara dapat dua pahala. Ini menunjukkan betapa Allah sangat meredhakan para suami bergurau senda dengan isteri-isterinya dan Allah tidak suka melihat suami yang tidak pandai bergurau-gurau dengan isterinya.
Dalam bersenda dan bergelak ketawa dengan isteri, suami hendaklah seimbangkan di antara berlemah lembut dengan bertegas-tegas. Ertinya, di samping suami merendahkan taraf sebagai seorang lelaki dengan isteri, janganlah sampai kehebatan seorang suami hilang sama sekali. Maknanya dalam bergurau itu, kehormatan seorang suami tetap ada.
Sebagai suami, hendaklah sentiasa mengawal syariat ketika bergurau. Jangan biarkan si isteri mengikut hawa nafsunya hingga rosak akhlak dan jangan beri peluang kemungkaran berlaku. Sesiapa yang bergurau dengan isterinya berlawanan dengan kehendak syariat, lelaki itu dayus. Syurga tidak menerima lelaki dayus.
Rasulullah saw juga selalu bergurau dan bergelak ketawa dengan isterinya hinggakan beliau menurunkan taraf kerasulannya ketika bergurau senda itu kepada taraf kewanitaan. Ertinya, Rasulullah turut bergurau macam seorang perempuan bergurau iaitu sindir menyindir, cubit mencubit dan sebagainya.
Banyak sekali riwayat-riwayat yang menggambarkan bagaimana Rasulullah melayan isteri-isterinya dengan bergurau senda dengan mereka dan menurunkan taraf kehebatan Rasulnya.
Misalnya, suatu hari ada beberapa orang Habsyah sedang bermain-main pedang dan memukul-mukul gendang. Hari itu ialah hari Asyura. Siti Asiyah dapat mendengarnya dari rumah. Lantaran Rasulullah pun bertanya kepada Siti Aisyah, "Kamu sukakan hendak melihat orang itu bermain"" Jawab Asiyah, "ya," Rasulullah pun pergi ke muka pintu rumahnya dan berdiri di tengah-tengah pintu itu sambil kedua-dua tangannya memegang pintu itu. Beliau pun memanggil orang-orang Habsyah itu supaya bermain di halaman rumahnya.
Siti Aisyah pun berdiri di belakang Rasulullah sambil meletakkan dagunya di atas tangan Rasulullah. Setelah beberapa lama, Rasulullah pun berkata, "sudah"" Siti Aisyah tidak menjawab. Akhirnya setelah beberapa lama, Rasulullah pun berkata semula: "Sudahkah wahai Aisyah"" Barulah Siti Aisyah menjawab," Ya Rasulullah," Maka Rasulullah pun menyuruh orang-orang itu pergi.
Pernah satu ketika Siti Aisyah mengajak Rasulullah saw berlari-lari. Berlumba larilah Rasulullah sedangkan ketika itu Siti Aisyah muda belia berumur 16 tahun.
Dalam hal ini Saidina Umar juga pernah berkata, "Memang sepatutnya seorang laki-laki itu ketika bergaul dengan sesama lelaki, dia menunjukkan kelakiannya, tetapi apabila dia bergaul dengan isterinya, dia adalah seperti kanak-kanak."
Ertinya sesama lelaki suami bolehlah menunjukkan sikap serius tetapi apabila dia bergaul dengan isterinya janganlah terlalu serius. Contohnya cakap dengan bahasa yang keras, suara tinggi, lidah sentiasa tajam serta bersikap kasar. Ini menyebabkan isteri merasa jemu.
Justeru itu para suami hendaklah memperbanyakkan gurau senda dengan isteri untuk membuahkan kemesraan dan menambat ikatan kasih sayang.
Sekali sekala eloklah ditunaikan keinginan isteri jika mereka hendak melihat permainan yang tidak bertentangan dengan syariat. Sebagaimana Rasulullah berbuat terhadap isterinya kerana Rasulullah itu adalah sebagai ikutan kita. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Orang mukmin yang sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya dan yang paling lemah lembut dengan isterinya."
Dalam hal ini Rasulullah saw pernah bersabda kepada sahabatnya:
"Kahwinlah kamu dengan anak dara, kamu boleh bergurau senda dengannya dan dia juga boleh bergurau-gurau dengan kamu."
Suatu hari, ada seorang sahabat berkahwin dengan seorang janda, lalu Rasulullah bertanya kepadanya kenapa dia berkahwin dengan seorang janda sedangkan kalau dia berkahwin dengan anak dara, dia boleh bermanja-manja dengannya dan isterinya juga boleh bermanja-manja.
Jawab sahabat itu, dia berkahwin dengan janda kerana dia ada banyak adik-adik kecil yang tidak ada siapa boleh menjaganya. Seorang janda ada pengalaman untuk menjaga anak-anak kecil dan oleh itu dia menjaga adik-adiknya kerana ibunya sudah meninggal. Rasulullah pun diam.
Di dalam mengusahakan sebuah rumahtangga, kehebatan seorang suami terletak pada sejauh mana dia dapat mempertahankan syariat semasa dia bergurau senda dengan isterinya. kalau suami terlalu taat kepada isterinya dan mengikut sahaja apa kata-kata isterinya walaupun yang berlawanan dengan syariat, dia akan Allah benamkan ke dalam neraka.
Oleh yang demikian, suami hendaklah mengawasi supaya jangan sampai isterinya menguasai dia. Jangan jadi apa yang dikatakan orang, "Queen Control". Itu pun dalam hal-hal yang mengenai syariat sahaja. Rasulullah mengingatkan yang bermaksud:
"Tidak beroleh kemenangan dan kejayaan, laki-laki yang diperintah oleh kaum wanita."
Dalam hal ini Saidina Umar ada berkata, "Hendaklah kamu, jangan mengikut kata-kata isteri." Di sini tidaklah bermakna suami tidak boleh langsung mengikut kata-kata isteri. Kata-kata isteri yang tidak menyalahi syariat, boleh diikut. Cuma, kata-kata yang menyalahi syariat inilah yang dilarang oleh Allah, suami-suami mengikutnya. Umpamanya isteri ajak pergi tengok wayang atau melarang suami pergi mengaji fardhu ain, si suami ikut sahaja kata-kata isteri. Ini adalah dilarang. Tetapi, kalau isteri menyuruh suami sembahyang, menyuruh mengaji fardhu Ain dan seumpamanya, kata-kata begini boleh diikut. Firman Allah di dalam Al Quran yang bermaksud:
"Kamu boleh bermesyuarat dengan isteri kamu tetapi kata-kata yang menyalahi syariat, hendaklah kamu salahi (jangan ikut)."
Suami-suami tidak boleh mengikut kata-kata isteri kerana kata Allah di dalam Al Quran, maksudnya:
"Laki-laki adalah pemimpin bagi kaum perempuan."
Kebiasaannya sebagai pemimpin, tidak akan tunduk telunjuk ataupun kata-kata pengikutnya. Yang dipimpin kenalah mengikut kata-kata yang memimpin. Suami-suami boleh meminta pendapat pada isteri. Mana-mana yang sesuai dengan syariat bolehlah ikut dan mana-mana yang tidak sesuai, janganlah ikut. Rasulullah saw pun pernah mengikut kata-kata isterinya yang sesuai dengan syariat. "sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri pada Allah SWT."
P/S : Taat Perintah Allah, ikut cara Rasulullah. InsyaAllah berjaya :)