Rabu, 3 April 2013

Ilmu Mengangkat Darjat Manusia

Assalamualaikum W.B.T

3 April 2013 - Rabu
Alhamdulillah dapat bersama-sama dalam majlis ilmu Habib Ali Zainal Abidin di lot kedai bersebelahan RTC Gopeng , Perak. Anjuran Mujahid Travel & Tour. Bersama suami tercinta :) Moga Allah merahmati kami semua .. Allahumma aamiin


"Jika amalannya lebih baik dari semalam, dia seorang yang beruntung. Jika amalannya sama sahaja setiap hari , dia seorang yang rugi " -Habib Ali Zainal Abidin-


Mulanya perasaan takut menguasai diri.
Manusia hanya mampu merancang. Dan saya pun merancang untuk menghadiri majlis-majlis mereka.Tapi jadi takut bila teringat kata-kata Al-Fadhil Ustaz Muhadir;



" Bilamana kita berniat untuk berjumpa ulama' (ke majlis ilmu mereka), tapi akhirnya tidak kesampaian, itu kerana Allah tak membenarkan wajah suci mereka dipandang oleh wajah kita yang penuh dosa. "

Allah :'(


Pada lahirnya mungkin kita akan cakap kita ada masyaqqah. Ada hal tiba-tiba. Atau kecemasan. Dan sebagainya. Tapi pada zahirnya, Allah yang tak izinkan sebenarnya. Atau kata lainnya, tak ada rezeki. Rezeki datang dari siapa? Allah !


Mula-mula jangka tidak berkesempatan untuk hadir, sebab petang tu hujan lebat. Tapi Alhamdulillah kami dipilih Allah untuk bersama-sama dalam majlis ilmu semalam. Ni kali pertama saya dapat bersama-sama dalam majlis ilmu para Habib. Yela, dah nikah senang sikit nak keluar malam, ada mahram bawa & teman. Alhamdulillah sangat-sangat. Banyak pengisian ilmu yang kami dapat.


[ copy from kak nadirah ]
pesan habib Ali : bilamana cinta rasul ,pasti cinta apa yang disukai Rasulullah.
 
Rasulullah suka ke majlis ilmu , bersilaturrahim. Moga majlis kita pada malam ini menjadi majlis ilmu yang disukai Rasulullah S.A.W.
Semua yang disampaikan semalam oleh Habib Ali Zainal Abidin adalah berkenaan ILMU. Alhamdulillah dapat mendengar dengan baik. InsyaAllah boleh kongsikan serba sedikit. 
[copy from kak nadirah]
  • kata Habib Ali :

    Siapa orang yang panjang umur walau sebenarnya pendek umur?

    orang yang walaupun meninggal dunia masa 60 tahun, tetapi amalannya seperti umur 100tahun. apabila amalannya berterusan contoh seperti berkhidmat pada tempat kebaikkan selagi tidak abis tempat/sesuatu itu,maka berterusan pahalanya.

    Anak-anak bilamana di hantar belajar ilmu syariat, adalah ibu bapa yang beruntung,kerana ibu bapa inilah ibu bapa yang panjang umur walau sebenarnya pendek umur,krn disebabkn menghantar anak belajar agama, pahala itu berterusan..

    -----------------

    #jangan menyesal menghantar anak beljar ilmu mendekatkan diri kepada Allah kerana saham akhirat sntiasa berkekalan :) 
Selain itu , orang yang mewakafkan tanah untuk membuat tempat mencari ilmu seperti pondok pengajian , surau, sekolah agama & sebagainya. Selagi mana orang menggunakannya, memanfaatkan, InsyaAllah pahala untuknya berterusan walaupun dia tiada ilmu atau telah meninggal dunia. SubhanaAllah!
Manusia berilmu , haiwan berilmu. Baginda sayang kepada orang yang mencari ilmu dan berilmu. Allah cipta ilmu dulu , baru manusia. Kerana ilmu yang akan mengangkat darjat manusia , bukan manusia yang mengangkat darjat ilmu. Masya'Allah Tabarakallah!
 "Kedudukan manusia terletak kepada ilmunya" -Habib Ali Zainal Abidin- 
  
Haiwan juga berilmu. Contoh haiwan berilmu yang Habib sebut semalam adalah anjing & burung. Anjing yang berburu untuk tuannya, yang mana haiwan buruan itu sampai kepada tuannya dalam keadaan yang masih hidup, maka halal bagi tuannya & anjing itu adalah anjing yang berilmu , kerana dia pandai berburu. Jika anjing yang berburu , yang mana haiwan buruan itu sampai kepada tuannya dalam keadaan sudah mati , maka haram bagi tuannya dan anjing itu tidak berilmu , kerana dia tidak tahu bagaimana cara memburu dengan betul.  
HUSNUL ADAB ?
Husnul adab bermaksud adab kepada ilmu. Ilmu akan menjadi sedap jika dengan adab. Perumpamaan yang Habib bagi adalah Tepung & Garam. Lebihkan tepung dari garam untuk membuat kek, kerana kalau garam yang dilebihkan , kek tidak sedap. Tetapi, jika tepung yang dilebihkan, kek akan menjadi lebih sedap. InsyaAllah!
[copy from wani shancai]
Ilmu tanpa adab hancur. Adab tanpa ilmu keliru. Makanya,kita perlukan kedua-duanye sekali
Kesimpulannya, ILMU itu cahaya. ILMU itu penting. Carilah ilmu dimana saja. Moga ilmu itu dapat dimanfaatkan didunia dan akhirat. Allahumma aamiin~
P/S : Maaf atas kelemahan pengcoret :D moga sama2 mendapat manfaat dari perkongsian ini.. Sekian~

Tiada ulasan: