Rabu, 31 Oktober 2012

Haram memukul di muka..!..tegur lah dengan berhikmah..^^

Salam ala'ik..






Hari ini ana nk membicarakan larangan menampar atau memukul seseorang di muka. Hukumnya adalah HARAM, kata ustaz yang menyatakan ada sebuah hadis menyebut seseorang mengadu kepada Rasulullah s.a.w. bahawa seorang tuan telah menampar hambanya di muka. Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar abdi itu dibebaskan..


Ada banyak hikmah mengapa Islam melarang memukul pada bahagian muka. Pertamanya itu hukum Allah yang disampaikan melalui Rasulullah, orang Islam yang taat wajib menerimanya.


“Muka adalah anggota terpenting untuk mengenal seseorang. Cuba didatangkan orang tak ada muka, boleh awak kenal siapa dia itu? Di mukalah terletak anggota tersangat penting seperti mata, telinga, hidung dan mulut, jadi apabila dipukul pada bahagian muka, kemungkinan pancaindera ini rosak amat tinggi, oleh itu dilarang sama sekali memukul pada bahagian muka.."


Selanjutnya menerangkan kulit pada bahagian muka sangat halus. “Kecantikan seseorang apatah lagi wanita sebahagian besarnya diukur pada bahagian muka. Ramai wanita pergi salun untuk mencantikkan bahagian muka mereka. Mana ada bahagian lain anggota yang begitu diberi perhatian sehingga hampir 100 peratus melainkan muka."


Nabi memerintahkan seseorang bersalah itu tidak dihukum dengan memukul atau menampar mukanya. Hal ini membabitkan semua manusia bukan orang Islam saja, katanya. “Ini bertujuan bagi menjaga muka yang padanya terdapat perhiasan paling hebat.”

Ketika bersalaman, maniskanlah (senyum) muka kamu dan pandanglah tepat ke muka orang disalami. “Ini tidak, ada yang ketika bersalaman memandang ke tempat lain termasuklah memandang tangan yang bertautan itu. Ini tak betul, pandanglah muka saudara kamu itu,” katanya.

Tidak salah untuk pemimpin memukul orang dipimpinnya. Misalnya seorang suami dibenarkan memukul isteri (jika cara lain seperti nasihat dan pemisahan tempat tidur tidak berkesan) tetapi persoalannya bagaimana bentuk pukulan itu?

Demikian juga seorang anak boleh dipukul oleh bapanya sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Suruhlah anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka jika tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka tempat tidur." (Hadis riwayat Abu Dawud)

“Pukul itu boleh,”.. “tetapi bertujuan untuk mendidik. Kita pukul anak atau isteri dengan perasaan kasih sayang agar dia menjadi baik tetapi adalah haram untuk memukul atau menampar mukanya. Demikian betapa Islam menjaga maruah seseorang, tidak dibenarkan memukul di bahagian muka seseorang yang selain terdapat pancaindera penting juga terletak maruahnya.”

Berhubung permasalahan muka ini, apabila seseorang melihat muka dalam cermin bacalah doanya agar Allah SWT memperelok akhlaknya seperti mana keelokan wajahnya tetapi persoalannya sekarang mengapa terlalu ramai orang yang tingkah lakunya tersangat buruk seperti memukul orang (termasuk isteri) di muka sedangkan Nabi melarang keras perbuatan itu.

Mereka yang melakukan ini (termasuk pihak yang memukul muka orang sehingga lebam dan mereka yang mengiyakan perbuatan itu) tidak beramal dengan akhlak Islam, tidak menepati kehendak Islam berdasarkan pengakuan syahadah (La ilaha illallah) mereka. Mereka sekadar membuat ucapan itu tetapi meletakkan kalimat itu di satu tempat lain manakala perbuatan mereka di tempat lain.

Berkaitan perkara ini, penulis terkesan dengan artikel ‘Mencari Hidayah’ dalam risalah Suara Masjid Al-Azim bertarikh 9 Julai 2010 yang antara lain menyatakan: “Benar…banyak orang yang mengatakan La ilaha illallah, tetapi mereka kufur dengan segala yang dikehendaki kalimat tersebut. Mereka tidak terpengaruh oleh La illaha illallah dan tidak mendapat cahaya daripadanya.

“Mereka mengucapkan kalimat ini, tetapi mereka meninggalkan masjid, makan harta riba, memakai pakaian hasil riba, minum minuman hasil riba, dan menyimpan harta riba. Anehnya, setelah mendirikan solat, mereka mengangkat tangan dan berdoa: ‘Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku…’ sedangkan di dalam perutnya penuh dengan makanan riba.

“Maka, di manakah makna La ilaha illallah? Mereka mengucapkan La ilaha illallah, tetapi menentang jilbab dan melepaskan hijab, sehingga seorang wanita muslimah keluar rumah sambil mengucapkan La ilaha illallah, sementara perbuatannya mengingkari prinsip La ilaha illallah. Dia keluar untuk mempamerkan perhiasan, keindahan, kehormatan, dan gaya hidupnya di hadapan orang-orang derhaka yang rosak akhlaknya. Maka tidak ada tempat mengadu bagi kita selain kepada Allah.”

Demikianlah jika keharaman memukul seseorang di muka pun kita langgar, apatah lagi kesalahan atau maksiat serius yang disebutkan di atas seperti hidup bergelumang dengan riba dan melanggar batasan aurat yang begitu berleluasa sekarang ini.

Apa yang berlaku hari ini, tertuduh bukan setakat dipukul di bahagian muka, ada yang mati dalam tahanan dan ada ditembak mati seperti yang menimpa seorang remaja di Shah Alam yang melarikan diri daripada polis tidak lama dulu.

Nampaknya sebahagian besar kita ambil mudah pengucapan La ilaha illallah, kerana hukum-hakam Allah, kita perlekeh. Jika kita ambil berat apa yang kita ucapkan nescaya akan gentarlah kita melakukan kesalahan termasuk memukul orang di muka.

Ini kerana mengikut hukum qisas, seseorang yang mencederakan orang lain akan menerima pembalasan setara. Jika dia melebamkan mata seseorang, dia pula perlu dilebamkan matanya. Jika dia membutakan seseorang, dia pula perlu dibutakan matanya!



Allahua'lam..

Ahad, 28 Oktober 2012

♡♡ Masjid Cinta ⓕⓘⓠⓝⓔⓔ ♡♡

Assalamualaikum ッ

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk 'sign in' blog yg berhabuk ni ..
'ambe' xpndai sgt mengarang 'citer' ni .. 'cikit2' boleh la .. hee

Harini nk share 'citer' ngn shbt2 , insyaAllah .. bismillahirahmanirahim ..

♡♡ 27/10/12 ♡♡
Kami ditetapkan oleh Allah utk berkenalan pada 04/01/11 . . di kenalkan oleh seorang hamba Allah .. si lelaki [iaitu zauj ambe dos] di perak, 'ambe' di terengganu .. jauh kot! .. jarak usia antara kami 'juz' 2 tahun :) .. 'ambe' 19 , si lelaki *zauj ambe okep !:p 21 [pada 2012]

Diberi tempoh selama 9 bulan oleh abang 'ambe' untuk mngenali antra stu sma lain sblom ambil kptusn utk bertunang pada 17/12/11 . . sblom ni family blah ambe cam kurg stju ngn kptusn nk nikah dlm usia muda ni .. tpi MAHA SUCI ALLAH , DIA beri satu jwpn yg tdak d sngka2 .. ayh trima cik abe sbgai bakal menantunya :')

Dalam masa 1 tahun 8 bulan , hnya 3 kali kami berjumpa . . 1st , mse knal . . 2nd , mse tunang n 3rd mse fmly ambe g perak . . gi perak coz nk antar ank buah yg sulong blajo at unikl ipoh , kbtuln dkat .. singgoh r :D .. tp mse tu xde sebarang perbincangan mngenai hubungan kami ..

Lepas sbulan stgah berlalu , kami rancang ayam2 je nk langsungkn pernikahan pada bulan 12 atau awal tahun depan [bulan 1 / 3] .. cz harapan tu cam kabur2 je :') .. tapi Allah Maha Mengetahui ape yg hamba DIA nk .. berkat do'a xputus , keyakinan pada-NYA  .. Allah makbulkan do'a kami utk nikah muda .. rancang bln 12 , tpi DIA bg bln 10 :') .. alhamdulillah sgt2 ..
Maka , *cewah ayt mahal oww :P . . 27/10/12 - dengan 1 kali lafaz , Nur Imanee Ismail sah bergelar isteri kepada Muhammad Shafiq Saharudin . . Tahniah kepada diri sendiri! ;D .. keh3

yakin pada Allah .. setiap ape yg berlaku , ade hikmahNYA . .
" Apabila kita redho pada sesauatu yg mengecewakan hati kita ,
percayalah Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yg
tidak di jangka . . " insyaAllah!

ni ade 'ambe' selitkan beberapa keping gambar walimah kami :) bi0r gambar pul0k berkata2 .. huhu




 Kejayaan hanya dalam agama. .  taat perintah Allah, ikot cara Nabi S.A.W .. :) .. insyaAllah ..

p/s : Do'akan kebahagiaan kami ye .. moga Allah redho ~