Isnin, 15 April 2013

BERGURAU IS SUNATULLAH ;)







#ngah syok2 menjahit , dapat 1 mesej dri number yg ckup d kenali :D
cik abg ambe la tu.. huhu..

Zauji Shafiq : Saya budak jahat..Ha3

Iman : ? Berat nanam *pelik beno tulisannye

Zauji Shafiq : Woi!! Ni hp laki hang ke? Lain kali suruh laki hang letak hp elok2, aku jumpa dekat kedai mamak..ha3

#berenti menjahit

Iman : kdai mamak mne? blh tlg hntr x..tlg la *berdebar2* dlm hati, haih..mesti p beli air neslo kat kedai mamak..

Zauji Shafiq : Bagi aku duit, rm200..baru aku bagi balik

#da start bangun dri kerusi xduk diam.
"Ya Allah, ujian apa pulak ni" .. mne x bunyi cmtu , kami dlm 3hri je lagi nk pindah rumah.. duit cukup2 je nak bayar deposit rumah..
Alamak , habis la gambar aq xpkai niqab dy tgok T.T ..

Zauji Shafiq : Cun jugak hang ni..He3..

#tang ni da start ketar2, lemah badan .. Ya Allah, lindungilah aq :(

=============================================

hantar mesej kt ustaz kt tempat cik abg keje

Iman : Assalamualaiku ustaz, shafiq ada kat sana x ? sy isteri dy

#Waiting.....

......call from Zauji Shafiq.....
angkat.. bunyi org tu gelak2..

Zauji Shafiq :Hai syg.. abg main2 jela..tu la, kenakan org smlm *aik?ble mse aq kenakan dy ? oh!mimpi kot :D

Iman :

WAKENABEB!!! haih.. bru je hntr msj kt ustz tnye abg ade x kt sne .. terketar2 iman xleh nk mjhit dh ni *konon la konon.. haha..tpi mmg btul un .. mmg lemah sluruh bdn ambe .. haih, sabo jela..

Zauji Shafiq : ha ? yeke .. alaa.. t cakap lah suami sy kenakan sy ..haha

Iman : -_-' .. xpela, dy xrply pun lgy..

Zauji Shafiq : maaf taw..abg gurau je..

Iman : yela..

Zauji Shafiq : okla, p la mnjhit.. k Assalamualaikum

Iman : Waalaikumussalam ..

#fuhh.. lemah lgy bdn ambe..


============================================

*mesej from ustaz

Ustaz : wassalam .. ada . knp

Iman : xapa la ustz.. dia kenakan sy .. maaf ganggu, Assalam alaik

Ustaz : yeke ..

Iman : ye.. ustaz tnya la dy , tarik tlinga dy skali. k Assalam alaik

Ustaz : he3

#
ustaz gelakkn ambe .. sabo jela.. dua2 nakal ..

****************************************************






Sudah menjadi sunatullah, semua orang suka bergurau senda dan bergelak ketawa. Umpamanya pemimpin bergurau senda dengan pengikutnya, guru bergurau senda dengan muridnya, ibubapa bergurau senda dengan anak-anaknya, suami bergurau dengan isterinya dan sebagainya. malah Rasulullah saw dan sahabat-sahabat baginda juga biasa bergurau, ketawa, bermain-main dan berkata yang ganjil.

Nabi Muhammad saw pernah berkata bahawa ada tiga jenis permainan yang boleh menjadi ibadah. Pertama ialah bermain dengan kanak-kanak dengan tujuan untuk mendatangkan kegembiraan dihatinya. Ini akan mendatangkan pahala dari Allah swt. Kedua ialah bergurau-gurau dan bergelak ketawa dengan isteri, juga merupakan satu ibadah dan boleh mendatangkan pahala.





Fitrah semula jadi seseorang yang telah mengahwini seorang perempuan, sudah tentu dia suka hendak bergurau senda dengan isterinya. Dalam pada itu, Allah beri pula pahala kerananya. Bukankah buat satu perkara dapat dua pahala. Ini menunjukkan betapa Allah sangat meredhakan para suami bergurau senda dengan isteri-isterinya dan Allah tidak suka melihat suami yang tidak pandai bergurau-gurau dengan isterinya.

Dalam bersenda dan bergelak ketawa dengan isteri, suami hendaklah seimbangkan di antara berlemah lembut dengan bertegas-tegas. Ertinya, di samping suami merendahkan taraf sebagai seorang lelaki dengan isteri, janganlah sampai kehebatan seorang suami hilang sama sekali. Maknanya dalam bergurau itu, kehormatan seorang suami tetap ada.

Sebagai suami, hendaklah sentiasa mengawal syariat ketika bergurau. Jangan biarkan si isteri mengikut hawa nafsunya hingga rosak akhlak dan jangan beri peluang kemungkaran berlaku. Sesiapa yang bergurau dengan isterinya berlawanan dengan kehendak syariat, lelaki itu dayus. Syurga tidak menerima lelaki dayus.

Rasulullah saw juga selalu bergurau dan bergelak ketawa dengan isterinya hinggakan beliau menurunkan taraf kerasulannya ketika bergurau senda itu kepada taraf kewanitaan. Ertinya, Rasulullah turut bergurau macam seorang perempuan bergurau iaitu sindir menyindir, cubit mencubit dan sebagainya.

Banyak sekali riwayat-riwayat yang menggambarkan bagaimana Rasulullah melayan isteri-isterinya dengan bergurau senda dengan mereka dan menurunkan taraf kehebatan Rasulnya.

Misalnya, suatu hari ada beberapa orang Habsyah sedang bermain-main pedang dan memukul-mukul gendang. Hari itu ialah hari Asyura. Siti Asiyah dapat mendengarnya dari rumah. Lantaran Rasulullah pun bertanya kepada Siti Aisyah, "Kamu sukakan hendak melihat orang itu bermain"" Jawab Asiyah, "ya," Rasulullah pun pergi ke muka pintu rumahnya dan berdiri di tengah-tengah pintu itu sambil kedua-dua tangannya memegang pintu itu. Beliau pun memanggil orang-orang Habsyah itu supaya bermain di halaman rumahnya.

Siti Aisyah pun berdiri di belakang Rasulullah sambil meletakkan dagunya di atas tangan Rasulullah. Setelah beberapa lama, Rasulullah pun berkata, "sudah"" Siti Aisyah tidak menjawab. Akhirnya setelah beberapa lama, Rasulullah pun berkata semula: "Sudahkah wahai Aisyah"" Barulah Siti Aisyah menjawab," Ya Rasulullah," Maka Rasulullah pun menyuruh orang-orang itu pergi.

Pernah satu ketika Siti Aisyah mengajak Rasulullah saw berlari-lari. Berlumba larilah Rasulullah sedangkan ketika itu Siti Aisyah muda belia berumur 16 tahun.

Dalam hal ini Saidina Umar juga pernah berkata, "Memang sepatutnya seorang laki-laki itu ketika bergaul dengan sesama lelaki, dia menunjukkan kelakiannya, tetapi apabila dia bergaul dengan isterinya, dia adalah seperti kanak-kanak."

Ertinya sesama lelaki suami bolehlah menunjukkan sikap serius tetapi apabila dia bergaul dengan isterinya janganlah terlalu serius. Contohnya cakap dengan bahasa yang keras, suara tinggi, lidah sentiasa tajam serta bersikap kasar. Ini menyebabkan isteri merasa jemu.

Justeru itu para suami hendaklah memperbanyakkan gurau senda dengan isteri untuk membuahkan kemesraan dan menambat ikatan kasih sayang.

Sekali sekala eloklah ditunaikan keinginan isteri jika mereka hendak melihat permainan yang tidak bertentangan dengan syariat. Sebagaimana Rasulullah berbuat terhadap isterinya kerana Rasulullah itu adalah sebagai ikutan kita. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Orang mukmin yang sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya dan yang paling lemah lembut dengan isterinya."


Dalam hal ini Rasulullah saw pernah bersabda kepada sahabatnya:

"Kahwinlah kamu dengan anak dara, kamu boleh bergurau senda dengannya dan dia juga boleh bergurau-gurau dengan kamu."


Suatu hari, ada seorang sahabat berkahwin dengan seorang janda, lalu Rasulullah bertanya kepadanya kenapa dia berkahwin dengan seorang janda sedangkan kalau dia berkahwin dengan anak dara, dia boleh bermanja-manja dengannya dan isterinya juga boleh bermanja-manja.

Jawab sahabat itu, dia berkahwin dengan janda kerana dia ada banyak adik-adik kecil yang tidak ada siapa boleh menjaganya. Seorang janda ada pengalaman untuk menjaga anak-anak kecil dan oleh itu dia menjaga adik-adiknya kerana ibunya sudah meninggal. Rasulullah pun diam.

Di dalam mengusahakan sebuah rumahtangga, kehebatan seorang suami terletak pada sejauh mana dia dapat mempertahankan syariat semasa dia bergurau senda dengan isterinya. kalau suami terlalu taat kepada isterinya dan mengikut sahaja apa kata-kata isterinya walaupun yang berlawanan dengan syariat, dia akan Allah benamkan ke dalam neraka.

Oleh yang demikian, suami hendaklah mengawasi supaya jangan sampai isterinya menguasai dia. Jangan jadi apa yang dikatakan orang, "Queen Control". Itu pun dalam hal-hal yang mengenai syariat sahaja. Rasulullah mengingatkan yang bermaksud:

"Tidak beroleh kemenangan dan kejayaan, laki-laki yang diperintah oleh kaum wanita."


Dalam hal ini Saidina Umar ada berkata, "Hendaklah kamu, jangan mengikut kata-kata isteri." Di sini tidaklah bermakna suami tidak boleh langsung mengikut kata-kata isteri. Kata-kata isteri yang tidak menyalahi syariat, boleh diikut. Cuma, kata-kata yang menyalahi syariat inilah yang dilarang oleh Allah, suami-suami mengikutnya. Umpamanya isteri ajak pergi tengok wayang atau melarang suami pergi mengaji fardhu ain, si suami ikut sahaja kata-kata isteri. Ini adalah dilarang. Tetapi, kalau isteri menyuruh suami sembahyang, menyuruh mengaji fardhu Ain dan seumpamanya, kata-kata begini boleh diikut. Firman Allah di dalam Al Quran yang bermaksud:

"Kamu boleh bermesyuarat dengan isteri kamu tetapi kata-kata yang menyalahi syariat, hendaklah kamu salahi (jangan ikut)."


Suami-suami tidak boleh mengikut kata-kata isteri kerana kata Allah di dalam Al Quran, maksudnya:

"Laki-laki adalah pemimpin bagi kaum perempuan."


Kebiasaannya sebagai pemimpin, tidak akan tunduk telunjuk ataupun kata-kata pengikutnya. Yang dipimpin kenalah mengikut kata-kata yang memimpin. Suami-suami boleh meminta pendapat pada isteri. Mana-mana yang sesuai dengan syariat bolehlah ikut dan mana-mana yang tidak sesuai, janganlah ikut. Rasulullah saw pun pernah mengikut kata-kata isterinya yang sesuai dengan syariat. "sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri pada Allah SWT."


P/S : Taat Perintah Allah, ikut cara Rasulullah. InsyaAllah berjaya :)


 

Ahad, 14 April 2013

MINYAK SEGAN NAK RIMASKAN KULIT MUKA





(gambar)TESTIMONI dari sy sendiri
BUKAN REKA-REKA, BUKAN TIPU-TIPU... TESTIMONI REAL DARI KAMI...

nurraysa collagen soap mmg best, dh semggu sy cbe, kulit wajah dh kurang berminyak, mmg pakai bedak un selesa. berminat..???
hubungi sekarang..0137820956 / pm ღ.• ღ.• FiqNee Al-Islamiyyah Collection •.ღ
sekitar IPOH, PERAK. [boleh COD area st18,simpang pulai,pengkalan pegoh,p.puteh etc]

HARGA SEBENAR :
RM40 [SM]
RM45 [SS]

HARGA YANG FNAC TAWARKAN :
RM30 [SM]
RM35 [SS]
#FREE POSTAGE!!






KEGUNAAN SABUN KOLAGEN
-MEMBANTU MENCERAHKAN KULIT WAJAH
-MENJADIKAN KULIT LEBIH LICIN & ANJAL
-MELEMBABKAN KULIT
-MENGHILANGKAN JERAWAT & PARUT JERAWAT
-MENGHILANGKAN JERAGAT
-MEMBANTU MENGATASI KULIT KERING & BERMINYAK
-MENEGANGKAN KULIT WAJAH
-MNGURANGKAN KEDUTAN DI KULIT WAJAH
-MENJADIKAN WAJAH LEBIH BERSIH
-MENANGGALKAN MEKAP

CARA MENGGUNAKAN
- SELEPAS GOSOK BUIH SABUN DI WAJAH, BIARKAN 5 MINIT, BILAS DENGAN AIR

BAHAN-BAHAN
-GLYCERIN,PURE MARINE COLLAGEN, HERBA, SUSU KAMBING, MINYAK ZAITON

BERAT BERSIH: 50 GRAM (KEGUNAAN SEBULAN)

SABUN KOLAGEN DIRUMUS KHAS DARI FORMULA SAHABAT KAMI SENDIRI , KELUARAN NUR AINI BEAUTY COLLAGEN, 100% ORGANIK , BEBAS DARI BAHAN KIMIA YG BOLEH MEROSAKKAN KULIT, SANGAT SESUAI UTK PREGNANT WOMAN YG TERCARI-CARI PENCUCI MUKA YG SESUAI KETIKA PREGNANT, DIHASILKAN MELALUI CAMPURAN GLYCERIN YG MENGHASILKAN BUIH-BUIH HALUS TANPA MEROSAKKAN KULIT MUKA & MELEMBABKAN KULIT WAJAH, PURE MARINE COLLAGEN UNTUK MENCERAHKAN, MENEGANGKAN, MENGATASI MASALAH JERAWAT, & GABUNGAN HERBA-HERBA TERPILIH UNTUK MENGATASI MASALAH JERAWAT & PARUT... SEMUA GABUNGAN RAMUAN KHUSUS UTK MNGATASI MASALAH KULIT ANDA...!!




Banyak lagi testimoni dari para pelanggan .. boleh lihat disini
Testimoni Nurraysa Collagen Soap . ;)


Ahad, 7 April 2013




Assalamualaikum

Kali ni nk share 'BUDGET NIKOH FIQNEE' & sewaktu dengannye kot.
Ade prmntaan minta share. kang citer ke hok tu soram , hok lain l0p inbox tanye..jenuh ambe naip r .. uihh .. idak ler teman nk menyus0hkn diri .. hehe [sleng ganu + perok]

Bismillah~
Alhamdulillah, anggaran mjlis sblah prmpuan [sblh ambe le tu.. :D ] xlbih 10k ..

☼ Pakaian nikah ambe & suami - RM100
Upah jahit FREE.. FREE ?? hihi .. holah, ambe jahit sndiri .. so, jimat la .. ^^

boleh tempah at
 ღ.• FiqNee Al-Islamiyyah Collection •.ღ

☼ Pelamin - RM100
Aik ?? bakpe muroh ngat ..alhamdulillah abg ipar & kkak2 ksygn sponser . .ambe prlu byr RM100 je,klau tmpah ngn org , harus 1k / 500 :) ..

untung la ade abg ipar & kkak yg kreatif ! Alhamdulillah :)



☼ Photographer - FREE
Aishh .. mane boleh sume free ni ..
ambe ade abg yg photographer , so xprlu la hbiskn duit upah org snap gambo ambe.. time kita nikoh nim , mesti rmai de kmera . . diorng snap2 , t hbis mjlis .. mintak je :) .. hehe .. pstu klau nk buat album , g jela at kdai cuci n buh lam album .. jimattt kott :)

☼ Make-up - FREE
Hehe .. ambe pkai bdak arab je ..
3 in 1 , nk try gok ? bulih pm p
age kami :)
RM45 je sutir~ n yg celak/inai kkok ksygn ambe, along Aiaisyah pkaikn .. ♥

☼ Makan/Minum - RM8K
Majlis berlangsung hari kdua raya haji .. kluarga ambe tumbang lembu sekor . . Asalnya nk buat qurban je , tpi alang2 buat mkn , sekalikanlh mjlis ksyukurn & qurban .. so, at situ dh jimat .. hehe ..

☼ Kanopi - RM650
Anggaran je .. mkn,minum,kanopi sume family yg support :) Alhamdulillah~

☼ Goodies - RM400
Yg ni mok ambe RM100 .. ambe RM300 .. saje2 je nk v ke geng2 .. hihi..

u all boleh p kt Unique-Tag-Card-Telur-Pindang





☼ Kad Undangan - RM100
Yg ni ambe senget kitt .. mls nk buat kije 2x .. ambe tmpah je ngn akk kt fb ni .. RM100/500pcs .. tu rege yg ambe dpt utk kad bjet .. hehe .. utk korang , better buat la sndri .. jimat :) .. [yg ambe wat kad utk mjlis blah suami ni , hbis RM80/300pcs] .. nk tmpah nge ambe boleh gok .. insyaAllah ^_^

# tu je kott :) .. kalau kurg , tegur deh .. huu .. moga brmnfaat .. bkn usaha kita yg membuahkn hasil , tpi sumenya adlh milik Allah swt ..

"Bkn kemewahan , bkn kecntikan yg d cari di mjlis pernikahan, tetapi keberkatan & keredhaan Allah swt .. moga mjlis kami d rdhai Allah swt ...amiin" ~


♬ ♪ ♩ ♫ ♪ ⓢⓗⓐⓕⓘⓠ ⓘⓜⓐⓝⓔⓔ ♬ ♪ ♩ ♫ ♪


Rabu, 3 April 2013

Ilmu Mengangkat Darjat Manusia

Assalamualaikum W.B.T

3 April 2013 - Rabu
Alhamdulillah dapat bersama-sama dalam majlis ilmu Habib Ali Zainal Abidin di lot kedai bersebelahan RTC Gopeng , Perak. Anjuran Mujahid Travel & Tour. Bersama suami tercinta :) Moga Allah merahmati kami semua .. Allahumma aamiin


"Jika amalannya lebih baik dari semalam, dia seorang yang beruntung. Jika amalannya sama sahaja setiap hari , dia seorang yang rugi " -Habib Ali Zainal Abidin-


Mulanya perasaan takut menguasai diri.
Manusia hanya mampu merancang. Dan saya pun merancang untuk menghadiri majlis-majlis mereka.Tapi jadi takut bila teringat kata-kata Al-Fadhil Ustaz Muhadir;



" Bilamana kita berniat untuk berjumpa ulama' (ke majlis ilmu mereka), tapi akhirnya tidak kesampaian, itu kerana Allah tak membenarkan wajah suci mereka dipandang oleh wajah kita yang penuh dosa. "

Allah :'(


Pada lahirnya mungkin kita akan cakap kita ada masyaqqah. Ada hal tiba-tiba. Atau kecemasan. Dan sebagainya. Tapi pada zahirnya, Allah yang tak izinkan sebenarnya. Atau kata lainnya, tak ada rezeki. Rezeki datang dari siapa? Allah !


Mula-mula jangka tidak berkesempatan untuk hadir, sebab petang tu hujan lebat. Tapi Alhamdulillah kami dipilih Allah untuk bersama-sama dalam majlis ilmu semalam. Ni kali pertama saya dapat bersama-sama dalam majlis ilmu para Habib. Yela, dah nikah senang sikit nak keluar malam, ada mahram bawa & teman. Alhamdulillah sangat-sangat. Banyak pengisian ilmu yang kami dapat.


[ copy from kak nadirah ]
pesan habib Ali : bilamana cinta rasul ,pasti cinta apa yang disukai Rasulullah.
 
Rasulullah suka ke majlis ilmu , bersilaturrahim. Moga majlis kita pada malam ini menjadi majlis ilmu yang disukai Rasulullah S.A.W.
Semua yang disampaikan semalam oleh Habib Ali Zainal Abidin adalah berkenaan ILMU. Alhamdulillah dapat mendengar dengan baik. InsyaAllah boleh kongsikan serba sedikit. 
[copy from kak nadirah]
  • kata Habib Ali :

    Siapa orang yang panjang umur walau sebenarnya pendek umur?

    orang yang walaupun meninggal dunia masa 60 tahun, tetapi amalannya seperti umur 100tahun. apabila amalannya berterusan contoh seperti berkhidmat pada tempat kebaikkan selagi tidak abis tempat/sesuatu itu,maka berterusan pahalanya.

    Anak-anak bilamana di hantar belajar ilmu syariat, adalah ibu bapa yang beruntung,kerana ibu bapa inilah ibu bapa yang panjang umur walau sebenarnya pendek umur,krn disebabkn menghantar anak belajar agama, pahala itu berterusan..

    -----------------

    #jangan menyesal menghantar anak beljar ilmu mendekatkan diri kepada Allah kerana saham akhirat sntiasa berkekalan :) 
Selain itu , orang yang mewakafkan tanah untuk membuat tempat mencari ilmu seperti pondok pengajian , surau, sekolah agama & sebagainya. Selagi mana orang menggunakannya, memanfaatkan, InsyaAllah pahala untuknya berterusan walaupun dia tiada ilmu atau telah meninggal dunia. SubhanaAllah!
Manusia berilmu , haiwan berilmu. Baginda sayang kepada orang yang mencari ilmu dan berilmu. Allah cipta ilmu dulu , baru manusia. Kerana ilmu yang akan mengangkat darjat manusia , bukan manusia yang mengangkat darjat ilmu. Masya'Allah Tabarakallah!
 "Kedudukan manusia terletak kepada ilmunya" -Habib Ali Zainal Abidin- 
  
Haiwan juga berilmu. Contoh haiwan berilmu yang Habib sebut semalam adalah anjing & burung. Anjing yang berburu untuk tuannya, yang mana haiwan buruan itu sampai kepada tuannya dalam keadaan yang masih hidup, maka halal bagi tuannya & anjing itu adalah anjing yang berilmu , kerana dia pandai berburu. Jika anjing yang berburu , yang mana haiwan buruan itu sampai kepada tuannya dalam keadaan sudah mati , maka haram bagi tuannya dan anjing itu tidak berilmu , kerana dia tidak tahu bagaimana cara memburu dengan betul.  
HUSNUL ADAB ?
Husnul adab bermaksud adab kepada ilmu. Ilmu akan menjadi sedap jika dengan adab. Perumpamaan yang Habib bagi adalah Tepung & Garam. Lebihkan tepung dari garam untuk membuat kek, kerana kalau garam yang dilebihkan , kek tidak sedap. Tetapi, jika tepung yang dilebihkan, kek akan menjadi lebih sedap. InsyaAllah!
[copy from wani shancai]
Ilmu tanpa adab hancur. Adab tanpa ilmu keliru. Makanya,kita perlukan kedua-duanye sekali
Kesimpulannya, ILMU itu cahaya. ILMU itu penting. Carilah ilmu dimana saja. Moga ilmu itu dapat dimanfaatkan didunia dan akhirat. Allahumma aamiin~
P/S : Maaf atas kelemahan pengcoret :D moga sama2 mendapat manfaat dari perkongsian ini.. Sekian~

Selasa, 26 Mac 2013

Delete done!

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah bru selesai memadam artikel2 sebelom ni . InsyaAllah blog ni jadi blog rasmi kami berdua .
MasjidCintaFiqnee !

Sayang nak delete sebenarnya , tapi xpela .. moga semua perkongsian yang ada dalam blog kami lepas ni menjadi manfaat buat semua .. insyaAllah . . Maaf atas ayat2 yg kalian x faham / kekurangan dari segi penyampaian.. Puan Nur Imanee yg menulis .. anok jati terengganu .. jadi , kadang TERguna bahasa ganu :D .. *budok agyy -_-






Wassalam ~


Bobo-Bobi ku!


Assalamualaikum ;)

Kencangnye budak kecik ni update blog .. *hehe..idea ngoh mari nim
Alhamdulillah lepas kawen ngan cik abg syg ni , ambe banyok kenal 'hewang2' peliharaan .. Mula2 ikan arowana ! camna nk tahu ikan tu tina ke jantan , tgok pada mulut dy .. pastu tgok jenis2 ikan tu gane2 .. macam2 la .. sekarang ni cik abg syg ade 3 ekor ikan arowana .. besar ,sederhana & kecil ..
Ambe xthu sgt nama jenis ikan arowana ni .. tengok je tahu .. bg makan ulat roti *ee..dulu geli nk pegang , tpi skrg x dh ..

Arowana ni memang popular kat Perak ni .. kat Bukit Merah banyak .. x pernah p lagi .. ikan ni mahal kot .. ikut jenis la .. kadang boleh cecah ribuan ringgit .. huhu .. skrg ni cik abg dh start nak biakkan ikan laga pulak .. insyaAllah nk bukak perniagaan ikan laga lak .. atau nama saintifik BETTA :) .. mohon do'a sahabat2 , moga dapat bukak FiqNee Betta House pulak .. aamiin ~


ni ikan Arowana cik abg :D



ok habis pasal ikan :D .. *maaf, ikan laga xsnap pic.. nanti la da bukak page .. bru post na
ni nk crta sal BOBO-BOBI KU .. hihi .. bobo bobi ? sape la tu ..
yg pasti bukan manusia :D .. dy tu kure2 ambe.. baru beli 2 hari lepas .. teringin nk bela sesuatu .. mane tahu kot2 t menjadi , boleh la biakkan n tumpang jual at cik abg punye FBH .. insyaAllah ..

si kure2 kecik ni pemalu ckit .. sekor tu kadang duk bawah polistrin , sekor lagi duk ats polistrin .. hoho ..*molek sungguh mu due eko .. erm .. tu jela .. hihi .. do'akan moga rncangan kami nk bukak FiqNee Betta House diizinkan Allah ye .. syukran :)

ni pic bobo n bobi ku :D cute kan ? secute tuan dy la .. ehem2 .. TERperasan lak :P

Wassalam ~

Indahnya Ukhuwah - with Customer

Assalamualaikum :)



Indahnya ukhuwah andai disulami dengan redho Allah SWT .. Di mana-mana pun ada shabat kita .. x kira tua ,muda ,miskin, kaya .. hargailah sahabat selagi masih ada ..'ambe' memang suka berkawan .. Alhamdulillah lepas bukak bisnes on9 ni , ramai customer menjadi sahabat 'ambe' .. Ade yg pernah jumpe, ade yg nk jumpe tapi xdpt2 jumpa lagi .. insyaAllah suatu hari nanti pasti kita kan berjumpa .. tak kat dunia, kat akhirat sane .. insyaAllah :)

Kalau kat FB , sape yg hntar chat .. sume ambe respon .. xkira kenal ke x , ambe layan je .. kadang seolah2 dah lama kenal :D *mu kan gile2 + budok2 .. muehehe .. dh2 , sibuk je mu!











 

Alhamdulillah hari ni 26/3/13 - 9mlm .. Allah izinkan pemilik Butik fiQ'Ra & pemilik Butik FiqNee bertemu at AEON st18, ipoh .. Puan Siti NorMastura pernah menjadi customer puan Nur Imanee suatu ketika dulu .. Kini alhamdulillah dia dh naik pangkat jadi owner butik fiQ'Ra :) .. cuma 'ambe' lom pnah jd customernya.. insyaAllah lepas ni iman lak jdi customer akk .. :) depa bertiga same umo .. ambe je budok kecik agy ikot depa p makan -_- *kak mastura ckp cm budak drjah/tingkatan .. hoho ..

Depa kawen 21/12/12 .. cantek number! ;) kami kawen awl sikit dri depa , 27/10/12 :) .. xsangka dapat jumpe .. huhu .. besh! mula2 pagi plan nk jumpe , then xjadi .. pastu plan lak nk jumpe malam .. alhamdulillah Allah izinkn .. terima kasih kak mastura n suami coz sudi dtg sini ;-) moga Allah redho .. allahumma aamiin~

#pertemuan penuh barokah , insyaAllah


Wassalam~


 

Khamis, 21 Mac 2013

' STUDY SAMPAI AKHIR HAYAT '

Assalamualaikum :)

arini nk story sal ' STUDY SAMPAI AKHIR HAYAT '
Ramai yang inbox FB tnya ambe soalan yang sama . . 'awak x sambung study ke ? awak study lagi ke ? dan bla3 ~ *makna yang sama , cuma ayat lain .. uish , tu pon nk habaq .. oi , biaq p la :P
Jadi , kita refresh smula dari catatan lepas :) Bakpe x sambung blajo ?
Alhamdulillah sebelum nikah , ambe ambil kursus menjahit kt AKADEMI JARUM BERLIAN [AJB] kt kemaman , terengganu .. lepas SPM .. at bawah ni crta at AJB ..

1) Tempat 'ambe' STUDY !
2) Story At tempat STUDY!

result 'atah tong' je .. kolej swasta banyak je antar surat tawaran . .
Tapi da belek2 bidang , semua x ssuai utk kepala ambe . .hehe .. so , pikir panjang ambil kursus menjahit . .
Alhamdulillah 6 bulan je ambik .. *ko mmg malas! .. eh , suke ati la :P .. ni kalo fmly ambe bace ni , konfem kena cop 'sbb gatal nak nikah' .. aish .. nikah kan sunnah .. org yg x blja agama je ckp gatal ble kite nk nikah .. so, abaikan!

Sebelum masuk study , ambe da blja menjahit ngan mak ambe .. dari skolah rendah lagi oww .. *xheran p0n! .. sape suh ko heran ? :p .. first buat baju anak patung .. hehe .. jahit tangan jela .. *patung barbie xsempat beli , da beso pon ambe :D .. 2nd , jahit bju raya .. *tapi tu pun ambe pakai skali je time raye ..
sbb kain biru berkilat , ambe dh la itam -_-' .. abaikan crta lame ok .. hehe

Masuk kursus 12/2/11 .. macam2 blajar .. Alhamdulillah dapat pertingkatkan lagi kemahiran menjahit .. sekarang duk umah je .. *goyang kaki ke ?? .. dok la .. ambe menjahit la .. pe guna blajo beribu2 , tapi x gunakan kemahiran yang ada untuk buat duit .. insyaAllah Allah permudahkan , asal ikot syariat .. :)






Jadi , study menjahit dah habis 2 tahun lepas .. :) .. sekarang , duk menjahit jela kat umah + bisnes on9 ..
brbisnes cz minat disamping bantu ringankan beban suami .. share2 la .. kan best !dapat eratkan hubungan + moga Allah bg saham free .. aamiin .. pastu dok blajo doh la ?? blajo agy .. :) .. blajo ilmu akhirat pulok ngan suami/alim ulama' sambil blajo dri kesilapan, kegagalan :) . .haa.. xsemestinya nk blajo , kena duk U/Kolej .. atas masing2 la .. kat mane2 pun boleh blajo , asl ilmu brmnfaat n amalkan .. insyaAllah ..

suami pun study lagi :) .. kat Darul Sufi , tahfiz wa qiraa'at .. insyaAllah moga Allah permudahkn urusan suamiku untuk bergelar seorang hafiz Al-Quran . .aamiin ;) .. pagi blajo , petang keje .. keje ape ??
keje biasa je .. mengajar mengaji kat Pondok Sya'rani , simpang pulai .. Ipoh ~

Jadi , sama2 belajar sampai akhir hayat :) .. moga Allah permudahkn segalanya .. aamiin ~
ok la, tu je k0t .. Sekian, Wassalam !










Isnin, 11 Mac 2013

Perkembangan 'OK' , Degupan JANTUNG TIADA ???

Assalamualaikum w.b.t..


12/1/13 - Sabtu

Alhamdulillah di sahkan hamil 2 minngu :') .. excited sgt .. xrancang pun sbnrnya .. Alhamdulillah Allah
nk bg awal .. mak ckp 'bunting pelamin' .. ^^ ..


22/2/13 - Jumaat

Hari ni pi scan 'amanah Allah' yang ada dalam pey0t ni :) ..
now, 9 weeks ..

janin 9 minggu

semalam dah janji dengan cik abg nk datang pukul 7.30pgi , tapi hari ni siap2 ..
sampai klinik pukul 7.45 gak .. hehe .. ni la janji melayu .. klinik bukan jauh pun, seberang jalan
kat umah je .. kui3

Sampai 7.40 pgi , orang dah ramai .. tunggu la sampai pukul 9 pgi , bru nurse panggil .. tu pun cek
tekanan darah je .. duduk semula , tunggu .. hmmm .. cik abg pun sempat tido0 ~ :D
9.40 pgi doktor panggil .. Alhamdulillah .. tanya itu ,tanya ini .. ok baring ...

Scan2 .. Doktor pun tunjuk at skrin scan tu .. *alahai anak umi .. sehat je membesar
'Ni baby, kaki ..kepala .. [senyap] ' .. berdebar2 lak 'ambe' .. ulang lagi skali ..
'kaki,kepala .. tapi denyutan jantung xde .. jantung kat sni .. tapi xberdegup' .. hmm
*tenang

Doc suh refer hospital besar .. lepas doc bgi surat , terus ke hospital swasta .. Hospital Raja
Permaisuri Bainun Ipoh, Perak . Masuk hospital , tahu2 jela .. macam2 orang ada .. tapi bukan tu
yang nk di ceritakan.. Tiba di bilik EPAU , doc x de la pulak .. tunggu dalam 15 minit..
Ade nurse masuk bilik tu , terus kami melulu masuk .. nurse suruh ambe tunggu .. suami kena keluar..

Dalam 15 minit , masuk sorang doc lelaki .. tanya itu , tanya ini .. *dalam hati 'aish, xkan dy kot yg
scan aku nnti ?? xmo0o00 .. [tekad nk pnggil suami la klau dy yg scan]
Masuk pulak nurse tadi cek tekanan darah ambe .. then, masuk plak psakit lain + doc lelaki cam cina
*mualaf kot .. dy cakap ape tah ngan doc lelaki yg bakal scan ambe ni .. dlm bhsa omputih , ambe xfham
sgt .. hehe .. doc lelaki cina tu pun tnya 'awak xpe ke doc lelaki cek ?' Allahurabbi .. =_='
ambe pulak tanya dy 'doc pmpuan boleh x ?' .. Alhamdulillah dy tukar :')

Masuk la doc pompuan, di suruh berbaring .. first scan perut cam kt klinik tadi .. tpi yg hospital ni clear ckit..
keputusan masih sama.. Pastu scan bawah .. doc ckp clear ckit dri scan perut ..
Allahurabbi! Allah je tahu rase cmne .. mybe sstgah org xrse sakit .. ambe rase sakit ckit la .. mybe sbb terlalu pikir sakit .. tu jadi sakit .. :') .. keputusan pun tetap sama .. doc cakap maybe baby meninggal 
dalam perut .. Allah *tenang

Sedang doc catat ape yang patut , tetiba ambe sebak .. 'soksek' sorang .. huhu
spe yang x sedih , anak yang dikandung 9 minggu .. dah x bergerak .. tapi sebelum sampai hospital tadi ,
cik abg dah pesan .. apa2 pun keputusan, terima dengan redha .. hak Allah .. kita xleh nk halang..
doc pun pesan , jangan sedih .. bukan rezeki .. awk muda lagi , insyaAllah lepas ni ok .. insyaAllah ..
lepas siap doc catat , cik abg di panggil .. doc terangkan segalanya .. ambe hanya mampu dengar & kesat
air mata je :'( .. Doc ade tnya nk buat D & C atau tunggu 2 minggu biar janin keluar sendiri.. kami pilih 2 minggu , tunggu janin keluar sendiri ..
keluar dari bilik EPAU , 1stime tgok cik abg nangis masa call mak dia .. ambe ingatkan
dia yg tenang tadi , boleh pujuk ambe .. tapi terbalik , ambe pulak pujuk dia .. hehe .. sabo jela ye abg :D
xpe, Allah syg kita kan .. Dia bg kita rasa nikmat ni sementara didunia , yang selebihnya nnti kat akhirat
akhirat .. biznillah .. :')



Proses D & C



6/3/13 - Rabu

Lebih kurang 1 minggu lebih xde tanda apa2 , pagi ni perut mula memulas2 cam orang sengugut .. tapi sakit yg ambe alami ni lebih sakit dari sengugut .. Allah je tahu .. mula keluar lendiran wrna coklat .. *kkak ckp , tanda2 keguguran .. cik abg pun terpaksa minta cuti kerja m tunda exam dy sampai ambe ok .. huhu .. kesian cik abg :') .. Asif syg .. petangnya p mintak air jampi ayt al-quran kat ayh ustaz cik abg .. tu iktiar kami .. sebab , kami kalau boleh xmo cuci .. risikonya tinggi & xsanggup janin kami berkecai :'(
Malam Khamis, mula keluar darah .. Ya Allah .. urm .. xpela ..
'kalau nak keluar , keluar habis ye syg' :') .. memang tidur pun xselesa .. sakit sangat .. cik abg sapu air jampi ayt al-quran kat perut ,muka n bg minum .. selesai solat isyak' ,tidur la ambe dalam tangisan menahan kesakitan .. zikir Allah sampai terlena ..


7/3/13 - Khamis

Sakit menyerang sekejap2 .. Allah :'( .. "adik baik , keluar semua ye syg" ..
tidur sekejap , tapi terganggu dengan kesakitan yang menyerang sekejap2 .. sakitnye :'( ..
perut lapar , gagahkan diri bangun ambil nasi .. cik abg tidur .. cian dy letih kot layan ambe..
sedang makan , sakit mnyerang makin kuat .. lalu ambe berdo'a ,
 "Ya Allah.. bagi la sakit sekali je ... biar sakit sangat2 pun .. asal keluar habis.. amiin "
dalam 2 saat, sakit menyerang .. kali ni memang x tahan sangat2 dah .. cik abg suruh baring ..
dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. dia sapu air ke muka , perut n bagi minum .. ambe dh mula berpeluh2 *mcm org nk beranak pun ade ..
kipas terpasang , tpi xrase dh angin .. muka da mula berpeluh2 .. minta tolong cik abg ..
cik abg xleh nk buat ape .. mampu pesan ingat Allah je .. sakit yg amat .. paling sakit dari yg
mnyerang sekejap2 tadi .. x lame lepas tu , bruffff....... puas ! rase puas sgt2 ..
rase cam air keluar .. tapi xpasti .. tnya cik abg .. dy pun xthu .. adoyai .. *org xde pngalaman la katakan

bangun pi tandas ... terkejut tengok ade janin kat pad yg ambe pakai .. kecik jer .. :')
Alhamdulillah Allah makbulkan do'aku dalam masa lbih kurang 1 saat je .. Cik abg kluar p cari kain..
ambe tgok skali lagi .. tetiba sebak .. Ya Allah :'( .. nanges la dalam tandas di bahu cik abg ..
xlame lepas tu , rase cm nk kencing .. tapi bukan nk kncing sbnrnye .. kantung dy kluar .. :')
Alhamdulillah .. bersih, xperlu cuci .. kecik je .. mata,tgn,kaki,telinga dh ade .. hdung pun dh ade 2 titik .. walaupun kena darah ambe ckit , tp langsung xberbau janin tu .. Allahuakbar!
bungkus kantung n janin dalam kain berasingan .. siap2 nk pi hospital .. temujanji nk cuci 12/3/13 .. Alhamdulillah 7/3/13 janin kluar sdri .. sepanjang perjalan ke hospital terus brdo'a moga rahim ambe bersih , xperlu cuci .. tapi klau terpksa cuci , insyaAllah ambe redho..moga Allah permudahkn .. amiin
Sampai kat bilik EPAU .. tnya itu ,tnya ini .. dtglh dr.raihan [xpsti ejaan] .. doc yg cek ambe haritu :)
masuk2 , dy ckp .. 'kan sy sruh dtg pagi .. eh , da kluar ke ? janin bawak ? *angguk :)
nak tgok, nak tgok ' ..hehe .. excited dy :') *ade gak yg sudi tgok janin kami ..
mcm biasa , suruh baring nk scan .. cik abg terpaksa keluar .. -_-'
Allah .. kali kedua scan bawah .. prsaan takot sakit tu still ade .. n mmg akn rase la .. huhu .. sabo jela ..
ambe ni takot2, tpi nk .. scan2 .. doc tunjuk kt skrin .. 'doc tgok dh bersih .. mknanya smua da kluar , jadi xperlu cuci la .. ok .. nk bagi suntikan kecutkan rahim' :) .. Alhamdulillahirabbi alamiin .. :')
kantung doc ambil ckit utk masuk makmal .. yg selebihnya n janin bawak balik, tanam :) .. T.ksih doc..

Balik umah .. cik abg p gali tanah utk buat lubang kebumikan janin + kantung .. kali terakhir cik abg suruh tgok janin :') .. sebak jugak .. tapi tahan .. time nk letak dalam lubang n kambus tanah , hujan pun  turun ..
Ya Allah .. penuh barokah :') .. bersyukur sgt2 .. masuk umah .. cik abg mula buat tirai n letakkn katil at bawah .. xlarat dh nk turun naik tangga .. takot 'bentan' .. nauzubillah~


Kegembiraan kehamilan & keguguran :) .. Alhamdulillah bersyukur sangat2 .. walaupun x sempat melahirkan , bersyukur diizinknNYA untuk mengandungkan janin selama 9 minggu .. mungkin ambe blom
layak lagi untuk menjaga amanah Allah buat masa sekarang .. xpe, insyaAllah akan dtg ade rezeki buat
kami.. amiin :) .. Ramai yang inbox/komen d FB , ucap takziah .. ada juga yg kagum dengan kami cz tabah sgt2 dengan ujian ni .. Alhamdulillah ^^ kekuatan, ketabahan tu pinjaman dariNYA utk kami .. kami xsedih sangat , c0z Allah da bg kebahagiaan buat kami di sebaliknya.. Allah makbulkan do'a kami , Allah bgi 'adik' kluar habis n bersih , Allah hadirkan teman2 penguat semangat untuk kami terus berusaha .. juga Allah beri kami simpanan kat sane ..  Alhamdulillah .. Syukran jazilan ya antum .. moga Allah permudakn urusan kita semua .. amiin ..  


ok puan Imanee ! selamat berpantang :D
mekaseh2 .. huhu

P/S : buat Suamiku , jazakallah syg c0z byk mmbantu.. suka duka bersama ye ! .. maaf x dpat lagi nk lahirkan cahaya mata untuk abg buat masa ni .. insyaAllah akan datang ye :')
buat adik , t.ksih syg .. adik baik sgt2 :') .. tunggu kami kat sane ye .. syg adik until jannah ..