Isnin, 10 Disember 2012

SEKOLAH AGAMA/PONDOK KE?


promote buku ni lalu..^^.. spe nk beli..


Alhamdulillah..diberi kesempatan olehNYA untuk jari jemari menari-nari pada huruf-huruf yg terdapat di ‘keyboard’..;)

Ok..tajuknya menarik kot,,^^

Bila disebut sekolah AGAMA,pasti tudung labuh , ilmu tinggi & baik orang-orangnya berkait..^^..Alhamdulillah..Allahua’lam
 
Manakala sekolah pondok lak, tudung labuh & purdah serta ilmu agama yang tinggi akan dikaitkan & memang dah sebati ngan wawasan sekolah tersebut..=).. tidak diutuskn Nabi S.A.W. melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam..allahua’alam..




Kenapa pakai tudung labuh + purdah?
Ye!ambe meme kai tudung labuh n purdah sekarang..alhamdulillah lah..tapi ambe bukan dari skola AGAMA..bukan dari skola PONDOK/MADRASAH..;)
Ambe biasa2 je.. ilmu pun x bnyak..tp insyaallah ambe berusaha mencari ilmu..
Xsemestinya budak PONDOK/MADRASAH je ley pakai tudung labuh + purdah. Ia pakaian sunnah, setiap manusia berhak untuk mendapatkan rahmat yang Nabi bawak iaitu cara hidup islam. Camtu gak dngan da’wah, masyarakat hanya nampak ustaz2 ustazah2 je bila disebut da’wah. Sedangkan sahabat2 Nabi & solefussolah memainkan peranan dalam kerja da’wah, sebab tu da’wah mereka jadi cam “arus air yang besar” dan bukan macam ”api pelita minyak yang malap”.

Bila disebut perubahan, pada diri manusia mesti bermula dari hati, mesti ada dorongan yang kuat dari hati yang ada kesedaran. Kebanyakan budak sekolah agama, biasanya ikut cakap mak ayah je, bila dah belajar di luar, habis tudung labuh dibuangnya. Tapi x semua la..sesetengah je..yang istiqomah tu, Alhamdulillah..:)

Sekolah agama/pondok/madrasah/biasa.. same je.. yang membezakannya hanyalah iman & takwa kepada Allah semata-mata..allahua’lam…;)

Jumaat, 7 Disember 2012

$ Menjahit Pakaian BESAR Ganjaran $


Adalah diriwayatkan bahawa Salman Al-Farsi berkata :

Pada satu hari datanglah Saidatina Fatimah ke rumah Rasullullah S.A.W dengan wajah pucat dan air mata yang berlinang.

Maka Rasullullah S.A.W pun bertanya , "Mengapa anakkku?"

Saidatina Fatimah menjawab , "Terjadilah semalam antara aku dengan Ali ketika bergurau dan bercakap-cakap,tiba-tiba ada kata-kata yang terkeluar dari mulutku yang membuatkan dia marah.Setelah aku mengetahui Ali marah kepadaku,aku menyesal dan sedih maka aku merayu dan aku mengelilinginya sampai tujuh puluh dua putaran sehingga kelihatan dia redha padaku dan terukir senyumannya yang ramah.Sesungguhnya aku takut kepada Tuhanku."

Mendengar penjelasan itu,maka Rasullullah S.A.W pun bersabda kepadanya,
"Wahai anakku,demi yang telah mengutuskanku dengan hak sebagai nabi,sesungguhnya andaikata engkau mati sebelum Ali redha kepadamu,maka aku tidak akan solat untukmu."

Kemudian baginda bersabda lagi,
"Hai anakkku,apakah engkau tidak mengerti bahawa kerelaan dan keredhaan suami adalah keredhaan Allah dan marahnya suami juga adalah marah Allah.Wahai anakku,perempuan manapun yang beribadat seperti ibadatnya Maryam Binti Imran tetapi tidak diredhai oleh suaminya,tidak akan diterima ibadatnya oleh Allah S.W.T"

"Hai anakku,sebaik-baik amal perbuatan wanita ialah mentaati suaminya dan sesudah itu tidak ada yang lebih afdal bagi wanita dari duduk menenun dan menjahit"

"Hai anakku,sejam duduk menjahit adalah lebih baik bagi wanita beribadat selama setahun dan Allah akan mencatat bagi mereka pahala seorang syahid untuk setiap jenis pakaian yang dirajut,ditenun dan dijahit"

"Hai anakku,orang yang menjahit pakaian untuk suaminya dan anak-anaknya akan masuk syurga dan diberi Allah S.W.T kota di syurga sebanyak bilangan setiap orang yang memakai pakaian daripada hasil kerjanya"

jazakillah khaira'..